Thursday, September 11, 2008

Berita Terkini CozyGroups

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. Adalah ikan terubok masin sarawak yang anda jual ini halal?
Ya, ikan terubok masin sarawak yang kami jual adalah dijamin halal.

2. Adakah tempahan termasuk kos penghantaran?
(a) Untuk Pembeli di Kuching kos penghantaran adalah percuma.
(b) Untuk Pembeli
"On line", tempahan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Kos Penghantaran akan di maklumkan melalui e-mail atau SMS setelah kami mendapat jenis PILIHAN serta jumlah tempahan yang dibuat.

3. Adakah anda menjual ITMS yang ORIginal?
Ya, kami hanya menjual ITMS yang ORIginal bagi menjamin keaslian rasa ikan terubok masin dari SARAWAK. Namun tertakluk kepada musim dan permintaan pelanggan.

4. Kalau saya buat tempahan, satu untuk saya di KL dan satu dihantar terus ke kampung saya di Terengganu, boleh anda hantar?
Kami boleh hantar ITMS ini terus ke rumah anda atau ke alamat yang anda berikan kepada kami.

5. Kalau saya sudah masukkan duit ke Bank, bila tuan boleh hantar ITMS?
Sebaik sahaja pengesahan pembayaran dibuat, kami akan menghantar dengan segera naumun tertakluk kepada hari bekerja iaitu Isnin hingga Khamis.

6. Kalau saya buat tempahan pada hari Sabtu, boleh anda hantar pada hari Ahad?
Sebarang tempahan yang dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, kami akan menghantar pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Khamis.

.................................................................................................

Pertanyaan Dari Pembeli Online

Ada pembeli yang menanyakan samada
pesanan termasuk kos pengangkutan dan bagaimana membuat pesanan. Disini kami ingin memaklumkan bahawa semua pesanan melalui Online tidak termasuk kos pengangkutan.

Contoh Pengiraan dan Pesanan Online Sahaja:
(Pilihan A, Harga Seekor RM3.00)
(Harga seekor RM3.00 x 4 ekor = RM12.00)
Anda hanya perlu email atau SMS kepada kami PILIHAN ANDA dan JUMLAH TEMPAHAN, selepas itu kami akan maklumkan jumlah kos penghantaran. Mudah dan Murah
Kami di Cozy Groups ingin memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berada di Kuching sahaja dan ingin membuat pesanan, kos pengangkutan adalah percuma.

No comments: