Friday, September 12, 2008

Ikan Terubok Masin

Ikan Terubok Masin


Maskot Ikan Terubok di Pusa
(Saratok, Bahagian Betong)

Ikan Terubok Masin (ITM) merupakan makanan kegemaran khususnya penduduk tempatan di Sarawak. Keenakkan isi ikan terubok yang masin serta ranggup apabila dimakan cukup menyelerakan. Apa lagi jika ikan terubok masin sarawak dimakan dengan perahan limau kasturi dan cili padi.


Malah ianya sangat popular bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan tetapi penduduk di Semenanjung Malaysia(SM).

Bagi mereka yang belum pernah datang ke Kuching, inilah tempatnya menjual ikan terubok masin. Tapi sekarang cozygroups telah menyediakan laman blog ini bagi memudahkan anda membeli ITM secara online dan dihantar terus ke rumah anda.


Pelbagai resepi masakan
Ikan Terubok Masin (ITM)
Cuma nak tambah selera...sedapkan....



Boleh dimakan bersama ulam sambal belacan...siuuup...


Satu set hidangan "take away" ikan terubok masin

ITMS masak gulai


Ikan Terubok Masin Sarawak Masak Kailan


Bubur Ikan Terubok Masin


Nasi Goreng ITMS















Taburkan Garam pada aluminium foil


Letakkan Ikan Terubok pada aluminium foil dan taburkan semula garam

Taburkan garam disebelah permukaan


Lepat aluminium foil
Grillkan (BBQ)



Selepas masak buka aluminium
foil…Yum…yumm


Buangkan Kulit Ikan Terubok Masin
Hidangan Siap...Lapar tak apalagi jika dicecah dengan limau kasturi dan cili padi

Di samping itu juga, telur ikan terubok masin tidak kurang hebatnya. Walaupun mahal (boleh mencecah RM170 sehingga RM200 sekilogram), tetapi disebabkan permintaan terhadapnya sangat tinggi, ada pengguna sanggup membeli pada harga yang mahal. Bagi pengguna yang ingin mencuba, apa salahnya.



Kepopularan Ikan Terubok Masin ini telah menarik para pelancong dari SM dan Singapura untuk datang ke Kuching samada melancong atau bertugas atas tugas rasmi/kursus sudah semestinya tidak akan ketinggalan membawa bungkusan ikan terubok masin samada untuk juadah keluarga atau untuk diagihkan kepada kawan-kawan. Cozygroups selalu mendapat tempahan dari rakan-rakan serta pembeli sekiranya pihak kami ada urusan kerja di Kuala Lumpur kerana kos penghantaran yang murah.
Bagi pengguna yang inginkan rasa masin, anda tidak perlu mencuci ikan terbok masin tersebut sebelum digoreng. Tetapi sebalik pengguna yang ingin mengurangkan rasa masin (sederhana) lebih baik cuci sebelum masak bagi mengurangkan kadar kemasinan pada ikan tersebut.

Jenis-jenis Ikan TerubokTerdapat dua (2) dua jenis terubuk di Sarawak iaitu:-

(a) Terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk;
(b) Terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.

Fakta Mengenai Ikan Terubuk Masin Sarawak

Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.


Kawasan Tangkapan Terubok Sarawak



Tanjung Datu
Terubok merupakan ikan pelagic di dalam famili “Clupeidae”. Penentuan jantina ikan terubok hanya dapat dkenal pasti apabila menjangkau dalam usia dua tahun dan bertelur(bergravid). Mengikut kajian Jabatan Perikanan laut Sarawak T. Toli mulai bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Walaubagaimanapun, ikan terubok banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.
Musim Ikan terubok
Musim ikan terubok bermula agak lambat tetapi pendek (Jun hingga Oktober) bagi kawasan Btg. Lupar, manakala bagi Btg. Lassa pula, musimnya berpanjangan selama 6 bulan (April hingga November) (Willmann, et al., 1989 dan Albert, 1988). Faktor ini disebabkan perpindahan (migratory) terubok berbeza antara Btg. Lupar dan Btg. Lassa.
Biologi
Terubok jantan didapati dalam ukuran panjang (fork length/FL) 12.8-34.0 cm, manakala betina ialah dari 14-46.2cm dan mempunyai purata berat 178.2g dan 533.9g masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ikan jantan adalah kecil berbanding dengan ikan betina. Kajian ini mendapati terubok boleh membesar sehingga 58 cm atau fork length.
Gambarajah diatas menunjukkan kadar berat ikan terubok bagi setiap bahagian/daerah di seluruh negeri Sarawak.
Empirit adalah anak terubok dan mempunyai ukuran panjang (FL) lebih kurang 29cm merupakan kematangan peringkat pertama bagi terubok. Ketika berusia bawah setahun, ikan yang banyak tulang ini dikenali sebagai empirit oleh penduduk tempatan.
Oleh itu, emperit dijual dengan harga yang murah dan EMPERIT ini mempunyai BANYAK TULANG. Bagi sesiapa yang ingin membeli ikan terubok masin PASTIKAN!!!!! anda membeli ikan terubok masin yang telah MATANG (DEWASA).
Kebanyakkan pengguna hanya membeli ikan terubok masin di pasaran hanya kerana ianya dinamakan IKAN TERUBOK MASIN. Anda juga perlu bijak memilih Ikan Terubok Masin ASLI dari Sarawak.. Anda juga perlu bijak mengenalpasti yang mana empirit dan yang mana terubok matang.
Tidak semua yang tahu mengenai ini…Hanya tengok ikan terubok masin lalu beli…. Sebagai pengguna ANDA harus mengetahui HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA.. Selidik dahulu….
Tapi bagaimana hendak mengetahui bentuk ikan terubok dewasa dan empirit Saya lihat semua ikan terubok masin sama saja ???
Empirit banyak didapati pada permulaan musim dan dipenghujung musim terubok. Purata bilangan telur dalam ovari ikan terubok betina adalah lebih kurang 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian menjadi matang sebagai yang dikenali sebagai terubuk dan bergantung kepada saiz ikan tersebut. Proses peneluran ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu dari bulan Jun hingga Oktober.
Terubok banyak ditangkap di muara sungai apabila terdapat tahap kemasinan yang agak rendah. Keadaan ini juga ada mempunyai kaitan dengan jumlah hujan dari hulu sungai.
TERUBUK di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang.
Mengikut kajian Commonwealth Scientific & Industrial Research Organisation (CSIRO Australia), Ikan terubok mempunyai sejarah putaran kehidupan yang sangat komplek dan ikan ini akan betukar jantina (protandrous hermaphrodite) and hanya hidup diantara 2 hingga 3 tahun.
Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.
Terubuk laut didapati banyak di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik. Manakala terubuk Sarawak di perairan muara sungai seperti Batang (sungai) Lupar, di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong.
Kawasan Penangkapan Ikan Terubok Sarawak

Sungai Batang Lassa

Sungai Batang Lupar
Bagaimanapun, popularitinya secara langsung akan mengancam pembiakannya apabila berlaku kegiatan perikanan tidak terkawal disebabkan permintaan tinggi terhadapnya terutama yang bertelur, selain kegiatan pembangunan di kawasan pembiakan.Mengikut kajian Institut Pembangunan Sarawak (SDI) mendapati jumlah tangkapan ikan di Batang Lupar dan Batang Lassa semakin merosot disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-

(a) penangkapan ikan tidak terkawal menyebabkan spesies itu tidak sempat sampai tempoh matang dua tahun untuk menjadi terubuk betina dan bertelur untuk meneruskan pembiakan;
(b) kawasan pembiakannya dicerobohi; dan
(c) kegiatan menyedut pasir di muara laut dan sungai. Ini disebabkan muara sungai yang berair payau sering menjadi tumpuan terubuk bertelur, apabila tiba musimnya.Berikutan kepupusan itu, harga pasaran terubuk Sarawak semakin mahal terutama di Semenanjung yang mencecah RM30 sekilogram, manakala telur dijual RM150 hingga RM200 sekilogram.
Kajian saintifik yang dilakukan di Pusat Pembiakan Terubuk di Lingga, Sri Aman menunjukkan ikan itu tidak boleh dipelihara di kolam seperti talapia dan siakap kerana ia memerlukan habitat semula jadi seperti muara laut dan muara sungai untuk bertelur.

No comments: